Saturday 30 July 2016


Hampir Tercapai

Kisah ketiga adalah merupakan impian yang diimpikan oleh semua orang iaitu memasuki alam universiti.Setelah menamatkan pengajian di IPS.Seminggu kemudian saya telah melakukan latihan industri diFelda Plantion yang bertempat diResis Pahang.Disana saya telah menemui rakan berlainan Institut Pertanian.Sepanjang melakukan latihan industri disamping sibuk dengan tugasan latihan industri dan laporan akhir.Kami juga berdebar untuk mengetahui sama ada kami berjaya atau tidak untuk melayakkan diri untuk memasukki UPMKB.Ketika keputusan untuk memasukki UPMKB keluar saya bersama rakan saya berdebar menanti keputusan dan jurusan apa yang akan kami pelajari.Akhirnya keputusan menunjuk bahawa kami berdua layak memasuki UPMKB.Saya telah menerima jurusan diploma pengurusan perladangan makanan dan rakan saya dapat menyambung kos diploma perhutanan.Dengan rasa gembira saya memaklukkan perkara tersebut kepada keluarga saya.Tetapi keadaan bertambah rumit apabila tarikh untuk pendaftaran pelajar adalah seminggu sahaja selepas saya tamat latihan industri.Dengan keadaan yang sangat kelam kabut saya perlu menyediakan bermacam-macam dokumen serta pelbagai urusan ditambah lagi dengan perlu menyiapkan laporan akhir saya bagi markah semester akhir saya sebagai pelajar IPS.Hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa berbelah bahaginya perasaan saya apabila perlu mebuat persiapan dengan kelam kabut seperti itu ditambah pula apabila saya mendapat sedikit tentangan dari keluarga saya untuk menyambung pelajar saya di UPMKB dengan alasan tempat tersebut sangat jauh.Saya berasa sangat sedih dan kecewa dengan tentangan yang diterima oleh keluarga apabila mereka ingin menghalang impian yang selama ini saya impikan.Setiap malam selesai sahaja kerja dan menyiapkan sebahagian laporan akhir saya akan menagis didalam doa menggenangkan impian saya yang hampir musnah.Tetapi bapa saya setiasa menyokong saya untuk terus menyambung belajar,sokongan kuat ini menyebabkan adik beradik lain yang menentang saya pergi tidak dapat berbuat apa-apa kerana telah mendapat sokongan kuat oleh bapa saya.Kawan yang berlain IP dengan  saya sentiasa memberikan saya semangat walaupun dia megetahui saya terluka dengan tindakan yang telah dilakukan oleh adik beradik saya.Semua staf yang berada di Felda Plantion telah mengetahui bahawa saya akan menyambung pengajian di UPMKB dan banyak memberi semangat pada saya.Hari yang ditunggu telah tiba apabila saya sudah berada di Putrajaya untuk menaikki penerbangan pada esok hari.Segala dokumen perjalanan,PTPN,surat pendaftaran, dan sebagainya berjaya diluluskan.Saya menaiki penerbangan Malaysia Airline bersama mak,bapa,abang dan jugak akak ipar saya.Pertama kali sampai di bumi bintulu perasaan gembira sukar digambarkan.Kami mengginap dihotel berdekatan dengan UPM.Memandangkan saya bersama keluarga sampai awal dua hari dari tarikh perdaftran oleh itu kami menggelilingi bandar bintulu selama dua hari.Setelah melakukan pendaftran ibu bapa saya menghatar sehingga keasarama.Membantu saya mengemas sehingga selesai,kemudian selepas zohor mereka pulang ke hotel kerana waktu penerbangan  untuk pulang pada petang nanti.Maka selepas itu bermulalah kehidupan saya sebagai pelajar UPMKB sehingga hari ini.Alhamdulilah segalanya berjalan dengan lancar.SEBENARNYA saya berharap saya boleh terus menyambung pelajaran sehingga keperingkat degree.Di atas bimbingan rakan-rakan seperjuangan membuat semangat saya untuk terus belajar tidak pudar.Semoga allah sentiasa memakbulkan doa saya untuk terus berjaya Amin.....






0 comments:

Post a Comment

 
sebenarnya Blogger Template by Ipietoon Blogger Template