Saturday 30 July 2016


  Konvokesyen

Kisah kedua mengisahkan alam saya ketika tamat persekolahan dan memasukki pusat IPT .Kamu semua sedia maklum bahawa saya bukan merupakan seorang pelajar yang pandai, oleh itu untuk memasuki IPT diperingkat universiti adalah perkara yang sangat mustahil untuk menjadi kenyataan.Dengan keputusan peperiksaan yang biasa-biasa ini saya memcuba pelbagai cara untuk memastikan saya dapat menyambung pelajaran seperti kawan-kawan yang lain.Nasib sangat menyebelahi saya apabila saya telah diterima untuk menyambung penyajian pada peringkat sijil pertanian yang berkerjasama dengan jabatan pertanian.Nama tempat penyajian saya ialah Institut Pertanian Serdang(IPS).Pertama kali apabila sampai di IPS saya dapat melihat keadaan susana pembelajaran yang kecil tetapi menitik beratkan kemahiran dalam bidang pertanian berbanding teori.Kelebihan menjadi pelajar IPS adalah menyediakan penempadatan dan makanan pada pelajar disertakan dengan elaun pada setiap bulan sebanyak rm200.00 ringgit.Berbekal duit elaun setiap bulan saya telah menjalani kehidupan sebagai pelajar IPS.Pelbagai perkara baru dapat saya pelajari ketika meyambung pelajaran disana.Di IPS lebih ramai pelajar yang berusia berbanding pelajar lepasan SPM.Ini kerana Sijil Pertanian Malaysia adalah sangat laku didalam bidang perkerjaan,Hal ini kerana pelajar lepasan Sijil Pertanian Malaysia mempunyai kemahiran yang mendalam didalam bidang pertanian.Setiap Pelajar IPS akan mempraktikkan apa yang dipelajari mengenai pertanian terus kelapangan.keadaan ini menyebabkan lepasan IPS dapat melakukan kemahiran pertanian dengan  lebih infektif.Segala peralatan untuk pertanian telah disediakn di IPS secara percuma.Oleh itu kepada sesiapa yang meminati bidang usahaan boleh membuat projek penanaman ditanah IPS dengan mendapat kelulusan dari pihak atasan yang telah diluluskan.Selama dua tahun saya berada di IPS banyak menjurus minat saya pada pertanian dengan mendalam dan menambah minat saya untuk menjadi ushawan.Pada peringkat akhir pengajian pihak UPMKB telah datang pada semua pusat Institut Pertanian Malaysia untuk menyambung pengajian peringkat diploma.Ketika cuti sem UPM Konvokesyen bagi pelajar Institut Pertanian  telah diadakan bertempat di Maep.Kenagan semasa Konvokesyen tidak akan dapat dilupakan kerana saya telah membanggakan mak dan bapa saya dengan mendapat keputusan yang membanggakan.Perjumpaan semula dengan semua rakan lama seperjuangan yang telah banyak membantu susah senang saya membuat saya rasa cukup gembira.Selesai mengambil sijil kami semua menuju kepada ibu bapa masing dan bapa saya telah menghulurkan sejambak bunga ros dan ucapan tahnian pada saya membuat saya sangat terharu.SEBENARNYA apabila kita berjaya didalam hidup dan boleh dikongsi bersama keluarga ia adalah suatu memori yang sangat manis dan sentiasa tersemat dihati.



0 comments:

Post a Comment

 
sebenarnya Blogger Template by Ipietoon Blogger Template