Saturday 30 July 2016


  Jasa-Jasa Ibu dan Bapa

kisah ini adalah ketika saya berada pada peringkat sekolah rendah .Saya telah disahkan menghidap penyakit jantung berlubang ketika saya berumur enam tahun.Dengan kesihatan seperti ini saya adalah seorang budak yang tidak aktif bersukan.Saya juga merupakan seorang pelajar yang tidak berapa pandai didalam pelajaran.Disebabkan selalu ditahan dihospital menyebabkan saya banyak tidak menghadiri kelas dan lambat menangkap hasil pelajaran yang telah diajar disekolah.Untuk memulihkan penyakit jantung ini bapa saya banyak melakukan ihtihar dengan cara berubat kampung dan juga menemuai pelbagai pakar dihopital kerajaan untuk memastikan saya pulih dengan sihat seperti kanak-kanak lain.Dengan hasil wang berkerja sebagai peneroka bapa saya mengunakan wang tersebut untuk mencari ihtihar memulihkan penyakit saya.Sehinggalah suatu hari bapa saya berjaya mendapat surat dari pihak hospital kerajaan untuk membuat temu janji dengan hopital pakar sakit jantung iaitu hopital IJN yang bertempat di Kuala Lumpur.Setelah melakukan beberapa temu janji akhirnya tarikh untuk melakukan pembedahan berjaya dibuat.Jumlah bagi melakukan kos perbendahan adalah memakan kos yang tinggi sebanyak 20,000 ringgit.Dengan belas kasihan dari pihak hospital telah bersetuju untuk menapung kos pembedahan sebanyak 17,000 ringgit selebihnya dibayar oleh pihak pesakit.Sebagai seorang pesakit yang biasa berada dihospital mendapat suntikan darah dan suntikan untuk memasukkan saluran air kedalam badan adalah perkara biasa bagi saya.Bau ubat-ubatan juga merupakan perkara biasa untuk melalui hidup sebagai seorang pesakit jantung.Hari yang ditunggu telah tiba,saya dibawah oleh beberapa orang nurse kebilik pembedahan kemudian diberi buis satu badan.Kemudian saya sangat gementara berada dibilik pembedahan kerana dapat merasakan nyawa saya berada dihujung tanduk.Setelah selesai pembedahan beberapa jam kemudian saya sedar dan tidak dapat bergerak selama dua hari.Setelah seminggu saya ditahan dihospital IJN saya dibenarkan pulang.Ibu bapa saya berasa sangat gembira dapat melihat saya pulih seperti kanak-kanak lain.Disini saya ingin menyatakan bahawa SEBENARNYA susah senang kita ibu bapa adalah orang pertama yang dicari,oleh itu hargai ibu bapa anda.




0 comments:

Post a Comment

 
sebenarnya Blogger Template by Ipietoon Blogger Template